Aaron Chia-Wooi Yik Perak
Gambar: BERNAMA

Sukan SEA 2025: Aaron Chia-Wooi Yik Raih Pingat Perak Beregu Badminton Lelaki

Hannah

Sukan SEA 2025: Aaron Chia-Wooi Yik Raih Pingat Perak Beregu Badminton Lelaki

Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada wakil Indonesia pada perlawanan akhir acara beregu lelaki di Sukan SEA Thailand.

Kehadiran Aaron-Wooi Yik ke pentas final hadir bersama misi besar negara untuk menamatkan kemarau pingat emas dalam acara tersebut, selepas kali terakhir Malaysia meraih emas pada edisi 2019.

Dalam perlawanan akhir itu, mereka sekali lagi bertemu pasangan Indonesia, Muhammad Reza Pahlevi Isfahani dan Sabar Karyaman Gutama, lawan yang sama ketika final acara berpasukan sebelum ini.

Aaron-Wooi Yik memulakan aksi dengan baik dan memberi tentangan sengit, namun gagal mengekalkan momentum permainan apabila tewas 14-21 pada set pertama.

Memasuki set kedua, beregu negara meningkatkan kualiti permainan dalam usaha menghidupkan peluang meraih emas.

Namun, ketangkasan pasangan Indonesia menyaksikan Isfahani-Sabar menutup perlawanan dengan kemenangan 21-17, sekali gus mengesahkan kejuaraan milik mereka.

Keputusan itu menyaksikan hasrat Aaron-Wooi Yik untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara sekali lagi terpaksa ditangguhkan. Namun, pencapaian pingat perak tetap menjadi sumbangan berharga buat kontinjen Malaysia.

BACA: Sukan SEA 2025: Pearly-Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

BACA: Sukan SEA 2025: Malaysia Rangkul Emas Acara Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki

Sumber: Stadium Astro