Bagi peminat filem-filem Hindi atau Tamil, mungkin ada yang familiar dengan makanan masyarakat India yang dipanggil Pani Puree. Kalau korang pernah tonton filem Dangal lakonan Amir Khan, mesti korang pernah tengok Pani Puree ni.
Dalam filem Dangal, ada satu babak di mana watak bapa lakonan Amir Khan bagi peluang terakhir untuk anak-anak dia makan Pani Puree. Cara anak-anak dia makan nampak macam sedap betul Pani Puree tu.
Bagi yang teringin nak cuba Pani Puree macam dalam filem Dangal, resepi yang dikongsikan pengguna Facebook Cik Merpati Putih ni mungkin boleh dijadikan rujukan. Nak tahu macam mana nak buat Pani Puree ni, ikuti perkongsian di bawah.
Resepi Pani Puree
Pani Puree is done! Sebab suka tengok cita Tamil malam-malam dah jadi favourite filem. Serius habaq na memang sedap!
Resepi cara saya guna bahan yang ada saja. Tak ikut macam Indian food sebijik sebab barang tak ada.
Inti Kentang
Gambar: Cik Merpati PutihKentang atau kacang kuda
Rebus kentang / kacang kuda sampai lembut dan lenyekan
Bawang merah( potong dadu)
Daun ketumbar (potong halus)
Serbuk jintan putih / jintan manis
Garam
Serbuk cili (sikit je nanti pedas pulak)
Gaul je semua bahan ni
Kuah Hijau
Gambar: Cik Merpati PutihBlend ja semua ni gaul dan perasakan dengan garam dan gula, perah limau
Kuah Asam
Gambar: Cik Merpati PutihPerah asam jawa pastu masak je atas dapur. Perasakan dengan gula merah. Kalau takda gula merah boleh je bubuh gula perang atau gula putih. Masak sampai agak pekat.
Sos Putih
Gambar: Cik Merpati PutihMayonis / Yogurt
Daun ketumbar
Air sedikit
Gaul je semua sekali.
Pani Pure keping tu beli kat Shopee je.
Gambar: Cik Merpati PutihCara makan pecahkan sikit, masuk inti semua dalam tu dan makan.
Gambar: Cik Merpati PutihSelamat mencuba!
Sumber: Facebook Cik Merpati Putih