Kuala Lumpur – Suhu panas dari biasa mencecah 37 darjah celcius dilapor melanda Temerloh, Maran dan Tangkak selama tiga hari berturut-turut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, tiga daerah itu tersenarai dalam kawasan Tahap 1 (berjaga-jaga) bagi status cuaca panas Semenanjung setakat semalam.
Menurut kenyataan MET Malaysia, tiga daerah tersebut mencapai suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Berdasarkan infografik yang dimuat naik di Twitter MET Malaysia, hanya tiga daerah itu sahaja yang mengalami suhu panas dari biasa.
Manakala bagi daerah dan negeri-negeri lain di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, suhu harian berada pada tahap normal iaitu maksimum di bawah 35 darjah celcius.
Sumber: MET Malaysia