Kuala Lumpur, 12 Mac- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengesahkan salah seorang ahli pertubuhan itu positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan media, SUHAKAM memaklumkan sedang mengatur pemeriksaan dan pengesanan kontak rapat pesakit berkenaan.
Suruhanjaya berkenaan juga berkata, orang ramai yang pernah berurusan dengan pegawai mereka sejak 2 Mac lalu mungkin terdedah kepada virus, walau kemungkinannya adalah rendah.
“Dapatkan pemeriksaan lanjut di Pejabat Kesihatan Daerah jika anda mengalami simptom tidak sihat,” tulis kenyataan tersebut.
Susulan itu, ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Menara TH Perdana turut ditutup dari 11 sehingga 13 Mac ini.
Sumber: SUHAKAM