Gambar: JSPT KL

Sudah Tidak Mempunyai Duit, Warga Rusia Dibantu Polis Beli ‘Pampers’ Untuk Bayi

Sofea

Peranan petugas barisan hadapan pada ketika ini sememangnya sangat penting dalam membendung penularan virus Covid-19.

Tanpa memikirkan penat lelah, mereka sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas dan membantu orang ramai.

Menerusi laman Facebook JSPT KL, dua orang anggota polis telah membantu seorang warganegara Rusia yang telah melahirkan anak di sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Inspektor Sinniah dan Koperal Dayang pada ketika itu sedang menjalankan Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 di Jalan Ampang.

Menurut JSPT KL, pasangan suami isteri dari Rusia itu tidak mampu lagi membayar bil hotel dan tidak mempunyai duit.

Sumber: JSPT KL