Kebanyakkan universiti ketika ini sedang sibuk menjalankan Istiadat Konvokesyen di universiti masing-masing bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.
Walaupun majlis tersebut dapat melahirkan rasa gembira dan bangga bagi para graduan dan ibu bapa, namun terdapat juga majlis yang dihiasi dengan air mata tetamu apabila melihat wakil-wakil daripada keluarga yang naik ke atas pentas untuk mengambil skrol bagi graduan yang telah meninggal dunia.
Berdasarkan perkongsian oleh seorang gadis melalui akaun Twitter Dzarah’s, suasana dewan bertukar hiba apabila seorang lelaki yang bergelar bapa naik ke atas pentas bagi menggantikan tempat anaknya yang menerima pengiktirafan Diploma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurut Ain Dzarah Nafisah, bapanya mencuba sedaya upaya untuk menjadi kuat ketika itu dan mengetahui bahawa jauh dilubuk hatinya adalah perasaan yang sangat sedih.
Allahyarhamah Aina Fatin Ajwa yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Pelancongan meninggal dunia ekoran menghidapi penyakit denggi berdarah. Menurut kakaknya, Aina Fatin Ajwa mengalami demam panas selepas pulang dari perkhemahan yang disertainya bersama pengurusan tempat praktikal.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata rata-rata warga Twitter turut bersedih dan kebanyakannya mendoakan agar Allahyarhamah Aina Fatin Ajwa ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Sedihnya Ya Allah”

“Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman amiinn”

“Hmm i nangiss tak pasal pasal air mata mengalir”

Sumber: Ain Dzarah Nafisah