New South Wales: Seorang lelaki ketika itu sedang meluncur air menyedari seorang wanita yang merupakan isterinya (Puan Doyle) telah diserang jerung lalu lelaki tersebut telah melompat daripada papan luncur miliknya untuk menyelamatkan isterinya daripada jerung tersebut.
Kejadian berlaku di Pantai Shelly, Port Macquarie. Lelaki tersebut terpaksa melepaskan beberapa tumbukan yang bertalu-talu kearah jerung tersebut sehingga jerung itu melepaskan gigitannya.
Setelah diselamatkan dan dibawa ke pinggir pantai, wanita tersebut telah dibantu oleh orang awam namun disebabkan oleh kecederaan yang serius, mangsa telah dihantar ke hospital berhampiran kerana telah mengalami kecederaan kaki kanan yang agak serius.
Pakar terhadap kemalangan ini juga menyatakan dalam Port Macquarie News bahawa Puan Doyle telah digigit oleh seekor jerung putih Juvenile yang berukuran 3 meter.
Steven Pearce yang merupakan ketua pasukan penyelamat NSW amat berbangga dengan keberanian yang telah ditunjukkan oleh lelaki tersebut dalam menyelamatkan isterinya daripada seekor jerung putih.
“Lelaki itu dengan berani melompat daripada papan luncur miliknya untuk menyelamatkan isterinya dan melepaskan beberapa tumbukan bertalu-talu kepada jerung tersebut sehingga gigitan itu dilepaskan dan membawa isterinya ke pinggir pantai”, menurut Ketua Pasukan Penyelamat (NSW) yang yang mengulas tindakan heroic itu dalam Sydey Morning Herald.
Pegawai Inspektor Ambulance NSW, Andrew Beverly berkata:
“Orang ramai yang berada di kawasan kejadian harus diberi pujian kerana mereka telah melakukan suatu tugasan yang menakjubkan”
Beliau juga menyatakan bahawa kejadian ini adalah kejadian kali ketiga yang berlaku dalam beberapa bulan yang lalu di kawasan tersebut.
Puan Doyle telah dihantar ke Hospital Newcastle untuk melakukan pembedahan. Pembedahan itu telah berjalan dengan lancar dan Puan Doyle telah dilaporkan dalam keadaan yang stabil.
Sumber: BBC NEWS