Gambar: Bernama

Suami Isteri Antara Tujuh Ditahan Edar & Seludup Dadah Bernilai RM4.2 Juta

Nur Adnin

Tujuh individu termasuk pasangan suami dan isteri ditahan polis atas kesalahan edar dan seludup dadah bernilai RM4.2 juta, lapor Bernama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, mereka ditahan menerusi empat serbuan di Johor Bahru pada 21 hingga 28 Oktober baru-baru ini.

Razarudin bercakap demikian dalam sidang media khas mengenai penahanan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Berita penuh menyusul.

Gambar: Bernama

Sumber: Bernama