
Suami hadiahkan isteri motosikal hasil menabung ‘duit baki’ dua tahun
Seorang suami sejati di Vietnam bernama Phan Van Duek meraih perhatian ramai tentang apa yang dilakukan kepada isterinya atas nama cinta.
Phan, 36, yang menetap di Ho Chi Minh menghadiahkan sebuah motosikal baharu buat isteri tercintanya menggunakan duit simpanan hasil menabung selama dua tahun.
Difahamkan segalanya bermula apabila Phan membawa beg seberat 11 kilogram yang mengandungi wang tunai RM6,327 ke sebuah kedai menjual motosikal di sana.
Sebelum pergi ke kedai, Phan telah menyusun duitnya dalam timbunan yang kemas dan meletakkannya ke dalam kotak kadbod untuk mengambil gambar sebagai kenangan yang tidak boleh dilupakan.
Sesampainya di kedai motosikal, Phan memilih model yang berharga RM9,094 untuk isterinya. Namun disebabkan duit tunai yang dibawa tidak mencukupi, dia menjelaskan bayaran baki dengan simpanannya sendiri.
Pekerja kedai berkenaan terkejut dengan begnya yang berisi duit, sebelum mereka menggunakan mesin pengira duit selama dua jam untuk mengira jumlahnya.
Manakala orang ramai pula bertanya berkenaan dengan sikap gemar menabung duit yang diamalkan Phan selama ini.
Phan menjelaskan bahawa simpanannya terhasil dengan strategi yang mudah. Setiap kali isterinya pulang dari pasar bersama duit baki, dia akan meminta isterinya untuk menyimpan duit itu.
Walaupun jumlah duit baki itu adalah sedikit, dia percaya bahawa dengan amalan menyimpan duit, jumlah yang terkumpul lama-lama akan menjadi besar juga.
Sikap konsisten menabung akhirnya ‘membenarkan’ pasangan suami isteri berkenaan untuk berjaya menyimpan sejumlah wang antara RM135 hingga RM193 setiap bulan.
Ini bukanlah kali pertama lelaki Vietnam ini dapat menyimpan duit yang banyak. Sebelum ini, dia juga pernah menyimpan duit dan telah membeli kenderaan baharu.
Namun, apabila dia dapati bahawa motosikal isterinya sudah lama, dia memutuskan untuk menggunakan duitnya yang disimpan selama dua tahun untuk menghadiahkan motosikal baharu untuk isterinya.
Sumber: The Thaiger
BACA JUGA: Kenali Rubiel Mosquera, Lelaki Miliki Leher Berotot Tebal