Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan kesusahan hidup yang dilalui oleh keluarga ini apabila mereka seringkali terputus barang dapur kerana tidak mempunyai wang.
Suami yang menjadi tonggak keluarga, merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana mempunyai masalah cacat penglihatan. Manakala, isterinya hanya menjual kuih-muih di rumah bagi menampung enam orang anak mereka.
Bagi membantu kelangsungan hidup, keluarga ini memerlukan sumbangan RM5 ribu sebagai modal berniaga untuk menyara seisi keluarga sekaligus mengubah kehidupan mereka.
SEDEKAH JUMAAT MODAL BERNIAGA
KEPERLUAN RM5K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521
”Saya pernah terputus barang dapur .. saya tak tau nak buat macamana. Nak pinjam kat orang, saya malu. Jadi saya pergi kedai barang, saya ambil beras 5 kilo, sardin, susu anak, telur dan ikan bilis …. saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa. Lepas dia bagi tau harga… saya terus seluk poket dan buat-buat duit tertinggal di rumah…”
Begitulah.. dia pernah sampai ke tahap itu. Sedihnya hati hanya Allah saja yang tahu tetapi apa kan daya. Dia tidak punya pilihan … perut anak-anak yang berderet tidak boleh dibiarkan kelaparan.
Encik Azreneffendi Bin Azali (41 tahun) merupakan seorang ayah kepada 6 orang anak berumur 18, 16, 14, 9 , 6 dan 3 tahun.

Beliau juga seorang Orang Kelainan Upaya kerana mempunyai masalah cacat penglihatan tahap B2. Kecacatan yang dipercayai berpunca daripada masalah saraf itu terjadi sejak beliau masih kecil dan tidak boleh dirawat lagi. Justeru itu.. pandangannya hanyalah samar-samar dan jika jauh, dia langsung tidak nampak.
Sebelum in, Encik Effendi pernah berkerja sebagai seorang tukang urut dan mempunyai pengalaman mengurut selama lebih kurang 15 tahun.
Berulang-alik dengan komuter setiap hari .. pendapatannya bekerja dengan majikan dari jam 10 pagi sehingga jam 6 petang , ialah sekitar RM40.
Bagaimanapun sekarang .. beliau hilang pekerjaan dan sekadar membantu isterinya Siti Ropidah – 39 tahun membuat kuih di rumah.

Sudah enam tahun Puan Ropidah membuat kuih. Selain menerima tempahan, kuih itu juga diletak di warung atau gerai makan di sekitar kawasan rumah mereka … sebuah rumah kampung yang disewa dengan kos RM200 sebulan.
Selain membuat kuih, Puan Ropidah juga mengambil upah menjadi tukang masak di sebuah tahfiz yang berhampiran dengan rumahnya dan dibayar RM10 sehari. Tahfiz yang baru dibuka itu hanya ada 8 orang pelajar sahaja.

”Orang selalu menuduh saya malas bekerja sebab fizikal, nampak saya sihat tubuh badan. Orang tak tau masalah mata saya. Mungkin orang pun kadang-kadang tak percaya… sebab di sekitar kawasan rumah atau kawasan yang saya sudah biasa, saya tidak menggunakan tongkat..”
Yaa.. ada segelintir yang memandang serong dan melemparkan berbagai tuduhan kepada Encik Effendi yang ketika kecilnya, pernah belajar di sekolah pendidikan khas St Nicholas Penang.
Di sekolah, mereka diajar teknik menghafal jalan atau lokasi supaya jika terjadi sebarang kecemasan, mereka boleh menyelamatkan diri dalam keadaan tidak memerlukan tongkat.
Perasaan rendah diri selalu ada di dalam hati Encik Effendi. Itulah juga salah satu sebab mengapa dia tidak begitu bersosial dengan masyarakat setempat.
”Saya ni dah la cacat. Susah pula..”
Sungguh pun dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, namun anak-anak pasangan ini sangat berpotensi di dalam pelajaran .
Anak perempuan sulung (18 tahun) sedang belajar di sebuah kolej matrikulasi. Yuran pendaftaran kemasukan anak itu ke kolej tempohari juga adalah hasil sumbangan kita di sini.
Mengerti tentang kesusahan ibu dan ayah, anak gadisnya yang bercita-cita hendak menjadi seorang doktor itu, jarang meminta itu dan ini.
Baru-baru ini ada seorang Hamba Allah menghadiahkan anak itu sebuah laptop terpakai. Sayangnya.. dalam masa yang singkat, laptop itu telah rosak.
Dua orang lagi anak pasangan ini yang kini berumur 9 dan 6 tahun, turut mengalami masalah penglihatan. 2016, kedua beradik itu telah menjalani pembedahan di HKL dan memakai kanta khas di dalam mata.
Maka itu Sedekah Jumaat kita hari ini diakad dengan niat untuk menyediakan modal berniaga kepada Encik Azreneffendi Bin Azali, demi meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Anak-anak masih di alam persekolahan, perjalanan mereka masih panjang.
Kita akan menyediakan sebuah gerai agar Encik Effendi juga boleh berniaga dan ada pendapatan sendiri selain hasil jualan kuih isteri. Semoga dengan sifat ringan tulang mereka akan membantu merubah nasib keluarga ini.
Jumaat yang barokah… jazakumullahu khairan katsira kepada semua penyumbang yang telah menghidupkan Sedekah Jumaat selama ini.
Sumber: Natipah Abu