smk jalan 3 bangi terbakar
Kredit: Bernama

Stor Peralatan Sukan SMK Jalan 3 Bangi Terbakar

Azizah Najib

Stor Peralatan Sukan SMK Jalan 3 Bangi Terbakar

KUALA LUMPUR, 14 November (Bernama) — Sebuah stor peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi musnah dalam kebakaran pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.54 pagi sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Kajang bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berkeluasan 20 x 60 kaki persegi yang dijadikan stor peralatan sukan. Bangunan itu didapati terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal pada 7.07 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.30 pagi.

BACA: Lebih 3,000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

BACA: Kuil Berusia Ribuan Tahun Musnah Dijilat Api

BACA: Isu 40 Peratus Hasil Sabah: Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman – PM

Sumber: Bernama