Star Grocer cawangan Cyberjaya tadi memaklumkan terdapat beberapa kakitangannya yang bertugas di situ telah disahkan positif Covid-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook rasminya itu, kali terakhir pekerjanya dilaporkan bertugas pada 7 Februari 2021 dan telah disahkan positif pada 9 Februari 2021.
Susulan daripada itu, pihak Star Grocer memaklumkan untuk menutup premis tersebut pada 10 Februari 2021 untuk melakukan kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman mengikut SOP KKM.
Pihak mereka akan terus memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang maklumat lanjut mengenai wabak ini menerus platform Facebook.
Sumber: Star Grocer