PUTRAJAYA, 8 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong, Rawang.
SPRM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, ia bertujuan meneliti unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu terbabit diminta tampil bekerjasama dengan suruhanjaya tersebut.

Sumber: SPRM