Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara.
Susulan tindakan itu, Datuk Armand Azha selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam satu laporan media memberitahu bahawa SPRM tidak sepatutnya memperdengarkan rakaman itu secara umum.
Hal ini kerana menurutnya, kes 1MDB dan SRC masih berjalan dan pendedahan itu boleh menjejaskan perbicaraan.
Beliau dalam pada itu berkata, rakaman audio tersebut sepatutnya diserahkan kepada polis untuk siasatan dan ia dilihat seperti permainan politik yang merosakkan badan bebas negara.
Melalui laporan tersebut, Datuk Armand Azha turut memberitahu, SPRM dijadikan alat politik ekoran sidang media yang dibuat tengah hari tadi.
Sumber: Datuk Armand Azha via Malaysia Gazette