Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) sekiranya Proklamasi Darurat dan ordinan dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau diungkaikan di Parlimen.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh telah memberitahu BERNAMA TV bahawa bagi Parlimen Batu Sapi dan Parlimen Gerik, tempoh kekosongan melebihi tiga tahun mengikut perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.
SPR tidak perlu mengadakan PRK walaupun Proklamasi Darurat dan ordinan tersebut dibatal atau diungkaikan.
Situasi sama juga bagi DUN Melor yang mana tempoh telah melebihi 3 tahun, menurut undang-undang tubuh negeri Kelantan juga tidak perlu diadakan PRK.
Walau bagaimanapun, bagi DUN Bugaya pula, sebaik saja Proklamasi Darurat diungkaikan, suatu PRK mesti dilaksanakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Proklamasi Darurat diungkaikan kerana PRU DUN Sabah masih belum mencukupi tempoh tiga tahun dari tarikh DUN Sabah bersidang.
Sumber: BERNAMA TV