Hari ini terdapat pertambahan sebanyak 68 kes baharu dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian Covid-19.
Walaupun masih mengekalkan 2 digit, angka pertambahan kes positif di Malaysia ini seharusnya tidak diambil ringan. Ini kerana, jangkitan mungkin boleh menular tanpa kita sedari sekiranya SOP diabaikan.
Justeru daripada itu, Dr Noor Hisham Abdullah menggesa agar semua pihak mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh KKM kerana ianya sangat mudah untuk dipatuhi.
SOP ini penting untuk dipatuhi bagi membendung penularan wabak yang setakat ini telah menjangkiti jutaan manusia di seluruh dunia.
Sumber: KKM