Selepas 44 tahun mencipta nama dalam dunia jam tangan di Malaysia, Solar Time kini tampil lebih segar dan berani dengan identiti jenama baharu serta butik serba moden di IOI City Mall.
Daripada warisan kepada inovasi, transformasi ini bukan sekadar perubahan kosmetik. Ia adalah permulaan kepada fasa baharu yang lebih bergaya, tepat dan penuh semangat selari dengan DNA Solar Time sejak tahun 1980.
Butik Baharu, Aura Baharu
Terletak di salah satu destinasi beli-belah utama negara, butik baharu ini bukan saja tampil elegan, malah penuh nilai sentimental. Setiap ruang direka untuk membawakan pengalaman beli-belah yang eksklusif, selesa dan berinformasi.
Paling penting, staf berpengalaman sedia membantu pengunjung memahami setiap koleksi jam tangan daripada inspirasi rekaan sehinggalah ke ciri teknikalnya.
Selebriti & Sentuhan Eksklusif
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Turut hadir memeriahkan acara: Laura Pang, Wilfred Wong, Junyi Kwan, MB Lim dan Franscine Low.
Logo Baharu, Arah Baharu
Logo baharu Solar Time tampil berani dan moden dengan bayangan mendalam serta elemen tiga dimensi yang melambangkan cahaya dan pergerakan masa.
Simbol “ST” kini diberi wajah baharu, memancar seperti sinaran matahari. Ia menggambarkan semangat jenama ini untuk terus bergerak ke hadapan tanpa melupakan akar sejarahnya.
Edisi Khas: BONIA Everbloom
Sebagai simbolik ulang tahun ke-44 dan pelancaran butik baharu, Solar Time memperkenalkan jam edisi khas BONIA Everbloom BNB10837-2525SE.
Rekaannya lengkap dengan simbol daun empat di posisi jam 4, membawa maksud harapan, keharmonian dan tuah.
Bahagian belakang jam terukir mesej istimewa: “Special Edition Everbloom” memperkukuh nilai eksklusif dan simbolik masa yang terus berkembang.
Reka bentuknya menampilkan kerangka tonneau bersalut emas ros, dail seramik merah wain dan tali silikon sepadan, menjadikan ia pilihan elegan untuk peminat jam klasik moden.
Dengan ciri bercahaya dalam gelap, logo BONIA dan daun empat turut kelihatan jelas walaupun dalam pencahayaan rendah.
Jam eksklusif ini hanya boleh didapati di butik terpilih Solar Time dan di stor dalam talian rasmi. Harga? RM498 sahaja.