Bermula pada 1 Mei 2020 peminjam yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (sms), email atau surat berdaftar daripada institusi perbankan mereka mengenai langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan proses penangguhan mereka dibawah moratorium tersebut.
Jadi, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan soalan lazim mengenai sewa beli dan produk pembiayaan Islam berkadar tetap untuk menangani kekeliruan peminjam dan pelanggan.




Sumber: Bank Negara Malaysia