Siapa yang menggemari filem bergenre sains fiksyen mesti tidak terlepas peluang menyaksikan karya arahan J.J Abrams iaitu Star Wars.
Menurut pengarah itu, filem yang dinanti-nantikan ‘Star Wars: The Rise Of Skywalker’ hampir pasti diketahui perjalanan ceritanya apabila salah satu skrip hampir dimuat naik di eBay.
Insiden ini berlaku kerana salah seorang daripada bintang tersebut tidak sengaja meninggalkan skrip itu di hotel penginapan mereka.
Tambah Abrams lagi, pelakon tersebut telah meninggalkan skrip di bawah katil dan ditemui pula oleh salah seorang pekerja hotel disitu.
Skrip itu kemudiannya diserahkan kepada seseorang dan hampir memuat naik skrip itu ke eBay.
Pengarah itu tidak menyebut nama pelakon yang bertanggungjawab terhadap kecuaian itu namun media telah membuat andaian terlebih dahulu bahawa pelakon cuai itu adalah di antara barisan pelakon utama.
Hal ini kerana pelakon pembantu tidak mendapat skrip mereka.
Sumber : gamesradar