Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan berlakunya pengintipan terhadap telefon milik individu tertentu dan pemantauan ke atas mesej-mesej yang dikongsi melalui aplikasi Whatsapp seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa negara ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali,” kata Nurhalili Nadia Mustapha Kamal, Ketua, Jabatan Komunikasi Korporat SKMM.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang tuduhan tidak berasas yang tersebar di media sosial kerana ia mampu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia