
Skechers, jenama kasut global yang sinonim dengan teknologi keselesaan, memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, Skechers Hotshot, ke pasaran Malaysia. Koleksi ini mengetengahkan rekaan sneakers gaya gelanggang klasik dengan sentuhan moden, sesuai untuk gaya harian mahupun aktiviti santai.
Menampilkan palet monokrom yang kemas, warna blok sporty, serta aksen metalik, koleksi Skechers Hotshot bukan sekadar bergaya tetapi turut menawarkan tahap keselesaan yang tinggi. Setiap pasang kasut dilengkapi dengan Air-Cooled Memory Foam® insole, memberikan sokongan sepanjang hari dan rasa empuk pada setiap langkah.
Dibina menggunakan bahan premium seperti kulit tahan lama dan lapisan suede, Hotshot membawa nafas baharu kepada rekaan sneakers klasik, dengan gabungan elemen retro serta teknologi moden.
Koleksi ini ditawarkan pada harga RM299 sepasang, dengan dua gaya utama:
Skechers Hotshot – Pyke (Lelaki) Rekaan bergaya moden dengan lapisan suede, logo “S” kontras di bahagian sisi, serta tapak getah fleksibel untuk cengkaman lebih baik. Ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, kelabu, navy, natural dan burgundy.
Skechers Hotshot – Kickoff (Wanita) Sneakers sporty dengan sentuhan feminin, menggunakan kemasan kulit, overlay suede tiruan dan logo “S” kontras. Tampil dalam warna natural, pink, putih dan hitam.

