
Jenama kasut antarabangsa Skechers mengukuhkan lagi pengaruhnya dalam dunia sukan dengan pelancaran Skechers Football CTRL^ Pack, koleksi kasut bola sepak baharu yang menggabungkan teknologi, keselesaan dan kawalan maksimum di padang.
Majlis pelancaran diadakan di LaLaport DO Arena, menampilkan perlawanan persahabatan bersama pemain Liga Super Malaysia seperti Indra Putra, Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Lau, dan Kevin Deeromram.
Majlis ini turut menyaksikan Sharul Nazeem dan Aliff Haiqal diumumkan sebagai atlet rasmi Skechers, menyertai Safuwan Baharudin dalam barisan Skechers Malaysia.
Menurut Stephanie Chang, Pengurus Besar Skechers Malaysia, “Bola sepak bukan sekadar sukan, ia bahasa universal yang menyatukan orang ramai. Melalui koleksi ini, Skechers membawa semangat itu ke padang dengan rekaan berprestasi tinggi yang memberi keyakinan kepada pemain di setiap peringkat.”




Koleksi Skechers Football CTRL^ Pack kini boleh didapati di beberapa cawangan Football Republic terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia seperti Pavilion Elite, The Curve dan Alor Setar. Tambahan keluaran baharu dijangka menyusul sepanjang Oktober ini.