SKAS 2025: Sumbangan Keperluan Asas Sarawak
Berita baik untuk rakyat Sarawak! Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Ia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
SKAS merupakan bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S PAY GLOBAL untuk membeli barangan makanan asas.
Dengan peruntukan sebanyak RM450 juta, Sumbangan Keperluan Asas Sarawakdijangka memberi manfaat kepada kira-kira 850,000 penerima pada tahun 2025.
Bayaran SKAS boleh disemak mulai 1 Januari 2025 dan akan dikreditkan ke akaun penerima bermula 18 Februari 2025.
Berikut kami kongsikan sedikit panduan mengenai Sumbangan Asas Kerluan Sarawak (SKAS) 2025:
1. Siapa Yang Layak Menerima SKAS 2025?
SKAS akan diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 yang memenuhi syarat kelayakan. Berikut adalah kategori penerima yang layak:
Kategori 1: Isi Rumah
Kahwin atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa)
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Tiada had umur.
Kategori 2: Bujang
Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
Had umur 21-59 tahun atau OKU berumur 19 tahun ke atas.
Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
Kategori 3: Warga Emas
Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Berumur 60 tahun dan ke atas.
2. Jumlah Bantuan SKAS 2025
Nilai bantuan yang diterima bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:
Isi Rumah: RM800
Bujang: RM250
Warga Emas: RM400
Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun S PAY GLOBAL penerima dan boleh digunakan untuk membeli keperluan asas.
3. Cara Semakan Kelayakan SKAS 2025
Semakan SKAS boleh dibuat mulai 1 Januari 2025 melalui portal rasmi Sarawak
Langkah-langkah semakan:
Layari laman web rasmi SKAS.
Klik “Check Eligibility”.
Log masuk menggunakan SarawakID.
Pilih “My Individual Account”.
Masukkan nombor MyKad dan klik “Search”.
Status kelayakan akan dipaparkan.
Jika layak, pastikan anda telah mendaftar dan mengaktifkan akaun S PAY GLOBAL.
4. Cara Mendaftar S PAY GLOBAL
Jika anda masih belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, ikuti langkah-langkah ini:
Muat turun aplikasi S PAY GLOBAL di Google Play Store atau App Store.
Pilih “New User Registration”.
Isikan butiran maklumat peribadi dan muat naik gambar MyKad.
Lakukan verifikasi wajah.
Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor telefon anda.
Log masuk dan tetapkan PIN pembayaran.
Akaun anda telah berjaya didaftarkan!
5. Tarikh Bayaran SKAS 2025
Pembayaran SKAS akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 18 Februari 2025 secara one-off melalui S PAY GLOBAL.
Nota penting:
Bantuan SKAS tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai (non-cash-out).
Hanya boleh digunakan untuk membeli barangan di kedai yang menerima pembayaran S PAY GLOBAL.
Tarikh akhir penggunaan kredit SKAS adalah 31 Disember 2025.
6. Permohonan Rayuan SKAS 2025
Bagi individu yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi syarat kelayakan, anda boleh mengemukakan rayuan SKAS bermula 1 Februari 2025 – 31 Mac 2025 melalui laman web https://sarawak.gov.my
Keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 Jun 2025.
7. Cara Pendaftaran Manual SKAS
Bagi yang kurang mahir dengan pendaftaran online, anda boleh hadir secara walk-in ke lokasi berikut untuk mendapatkan bantuan pendaftaran:
Pejabat Daerah / Daerah Kecil
Pusat Servis Sarawak (Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu & Miri)
Pusat Khidmat ADUN & Parlimen
Pustaka Negeri Sarawak (Kuching, Sibu, Miri)
* Pastikan anda membawa telefon pintar dan kad pengenalan semasa pendaftaran.
Kesimpulan
Jangan lupa untuk:
Semak kelayakan mulai 1 Januari 2025
Pastikan akaun S PAY GLOBAL anda aktif
Gunakan bantuan sebelum 31 Disember 2025
Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan
Semoga bermanfaat.
BACA : 7 Tip Membeli Tayar Kereta Yang Perlu Anda Tahu
BACA : 10 Langkah Keselamatan Sebelum Keluar Rumah