Gambar: Bernama

Situasi COVID-19 Di Kedah Dan Sabah Beri Impak Kepada Bekalan Darah, Orang Ramai Diseru Tampil Menderma

Aqmal Ezany

Pusat Darah Negara menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya pada hari ini menyeru kepada orang ramai untuk tampil menderma darah bagi memastikan stok darah yang optimum di tabung darah seluruh negara.

Menurut ciapan tersebut, seruan itu dibuat susulan daripada peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan berlaku di Kedah serta Sabah baru-baru ini.

“Situasi Covid-19 di Kedah dan Sabah agak membimbangkan. Ini akan turut memberikan impak kepada pendermaan dan bekalan darah di negeri-negeri yang terlibat.

“Para penderma darah diseru untuk tampil MENDERMA SECARA BERKALA demi memastikan stok darah yang optimum,” tulis akaun tersebut di Twitter.

Justeru daripada itu, orang ramai yang berkelapangan diseru untuk merujuk tabung darah yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: Pusat Darah Negara