Dalam keadaan bergolak diambang pencerobohan dari Rusia, orang terkaya di Ukraine dikatakan sudah ‘melarikan diri’ keluar dari negara tersebut menaiki jet peribadi dan sewa.
Sekurang-kurangnya 20 penerbangan sewa dilaporkan berlepas meninggalkan Kiev pada Ahad, lebih tinggi berbanding dalam mana-mana tempoh sejak enam tahun lalu.
Penerbangan keluar dari Ukraine antaranya disewa oleh dua oligarki terkaya iaitu Rinat Akhmetov iaitu mempunyai aset bernilai RM31.75 bilion yang memiliki beberapa syarikat hartanah yang paling mahal di Eropah dan seorang lagi dikenali sebagai Victor Pinchuk yang mempunyai kekayaan lebih dari RM10.49 bilion dikatakan keluar dari Ukraine di saat 130,000 tentera Rusia sudah berkumpul disempadan.
Selain itu, Igor Abramovich iaitu seorang ahli politik dilaporkan menyewa pesawat untuk ahli parti serta keluarganya untuk selamatkan diri ke Vienna.
Bagaimanapun,Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata beliau tidak akan memindahkan ahli keluarganya bahkan menggesa kepada oligarki dan ahli perniagaan yang keluar dari Ukraine untuk kembali semula dalam masa 24 jam.
BACA: “Sewa, Bukan Beli?,” TUDM Sewa 4 Helikopter Leonardo AW 139, Rupanya Ini Sebabnya
Sumber: Vice