Gambar: Google & MetMalaysia

Sistem Tekanan Rendah Hampiri Utara Selat Melaka, Amaran Hujan Berterusan Mungkin Dikeluarkan Di Negeri Utara

Eyla Azri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui sebuah kenyataan hari ini memaklumkan, sistem tekanan rendah dijangka bergerak ke arah timur menghampiri utara Selat Melaka.

Menurut MetMalaysia, sistem berkenaan kini berada di Laut Andaman, tepatnya pada koordinat 4.8 darjah Utara, 93.7 darjah Timur. Pun begitu, kemungkinan sistem tekanan rendah ini untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.

“Keadaan ini boleh menyebabkan ribut petir atau garis badai di negeri-negeri utara Semenanjung pada 21 dan 22 Disember 2021,” jelas Ketua Pengarah MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.

Amaran hujan berterusan mungkin dikeluarkan MetMalaysai sekiranya perlu, mengikut keadaan semasa. Oleh itu, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan agar lebih peka dan berwaspada akan segala kemungkinan.

Sumber: MetMalaysia via Bernama TV