
Cerita mengenai Huawei sudah meniti dibibir-bibir masyarakat dunia sejak sehari dua ini kerana presiden Amerika Syarikat melarang pihak mereka daripada menjalankan perniagaan bersama Huawei dilaporkan telah memperkenal satu aplikasi yang dikatakan pengganti.
Huawei telah memperkenalkan satu sistem operasi milik mereka sendiri yang dinamakan sebagai Hongmeng yang telah aktif sejak tahun 2012.
Menurut Huawei Central, syarikat pengeluar hanya menggunakan perisian tersebut disebalik tabir. Malah, nama Hongmeng ini sekadar nama kod atau berkait rapat dengan sistem operasi. Nama sebenar ia tidak dapat dipastikan.
Gergasi internet AS, Google yang menguasai pasaran telefon pintar dengan sistem operasi mudah alih Android, memutuskan hubungan bersama firma China, Huawei yang dikatakan ancaman negara oleh Washington.
Perkara ini adalah sebahagian daripada pertikaian perdagangan yang semakin bermusuhan antara pentadbiran Trump dan kerajaan China.
Sumber: Techjaja