"Zero Sugar" Pada Minuman
Kredit: Hello Doktor

Sisi Gelap Disebalik Perkataan "Zero Sugar" Pada Minuman

Iqbal Yasir

Sisi Gelap Disebalik Perkataan "Zero Sugar" Pada Minuman

Tidak dinafikan, minuman berkarbonat tinggi dengan kandungan gula.

Disebabkan itu, ramai yang mula beralih kepada minuman tanpa gula atau "Zero Sugar" khususnya bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk cut sugar.

Namun pernah tak anda terfikir sejenak, betul ke minuman ini betul-betul tiada gula?

Sesetengah orang asalkan nampak perkataan "Zero" terus grab. Namun, ramai yang tidak mengetahui kandungan tersembunyi disebalik perkataan "zero sugar" ini.

Pada 4 Februari (hari ini), Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia. Ia bertujuan menyebarkan kesedaran dan memberi sokongan kepada pejuang kanser.

Sehubungan itu, SK kongsikan fakta disebalik minuman zero sugar menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Betul Ke Zero Sugar?

Kredit: Malaysian Foodie

Tahukah anda, minuman "zero sugar" selalunya mengandungi pengganti gula yang boleh memudaratkan kesihatan.

Antaranya;

  1. Aspartame

  2. Stevia

  3. Saccharin

  4. Advantame

  5. Acesulfame K

Kesan Pengambilan Minuman "Zero Sugar"

Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan minuman "zero sugar" secara berpanjangan boleh memberi kesan terhadap badan;

Antaranya;

  1. Berat badan meningkat

  2. Penyakit kardiovaskular

  3. Diabetes

Walau bagaimanapun, KKM memaklumkan, pihaknya langsung tidak menyebut "pengganti gula" adalah "tidak baik".

Tetapi pihaknya ingin memaklumkan kepada semua bahawa lazimnya istilah "zero sugar" juga masih menggunakan pengganti gula yang mana secara tidak langsung boleh juga menyebabkan "ketagihan gula/ manis".

Sehubungan itu, KKM ingin mengajak orang ramai untuk mengamalkan minuman tanpa gula di samping dapat melatih deria rasa untuk kurangkan rasa manis.

Inisiatif ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan alternatif pengganti gula.

Minuman Tanpa Gula

Sebaliknya, orang ramai boleh beralih kepada minuman tanpa gula seperti;

  1. Kopi

  2. Teh hijau

  3. Jus buah tanpa gula

  4. Air kosong

Kredit: KKM

Semoga bermanfaat

Sumber:KKM