Ibu kepada Allahyarham Alessandra Dianne, Nur Syakina Abdullah, 46 menyuarakan rasa sedihnya terhadap komen segelintir netizen yang menghina pemergian anaknya baru-baru ini.
Ujarnya, komen individu yang bersembunyi di sebalik gambar profil orang lain itu cukup pedih baginya.
Balasnya, Allahyarham Sandra meninggal dunia dengan wajah yang bersih dan tenang seakan orang yang sedang tidur, tidak seperti dituduh individu berkenaan.
Abaikan gambar profil, penulis sebenar bukan orang dalam profil tu, kesian dia jadi mangsa gambar dicuri untuk tujuan jahat.
Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu.
Saya tak mau bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ye, anak saya yang awak cakap mati katak tu, meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh..
Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda.
Saya yakin, Allah tempatkan anak saya di kalangan orang-orang yang diredhai. Insyaallah.


Sumber: Suria Mentari Pagi