Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan pertambahan 623 kes baharu setakat Selasa (5 Mei 2020) jam 12 tengah hari.
Ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Singapura kini mencecah 19,410 kes.
Sembilan kluster baharu turut dikesan di negara tersebut iaitu di 60 Benoi Road, Jurong, 100A Central Boulevard di Central Business District, tapak pembinaan di Clementi N2C3, 1 North Coast Drive di Woodlands, 31 Sungei Kadut Loop, 9 Tech Park Crescent di Tuas, 80 Tuas Avenue 1, 15 Tuas View Close dan 131 Tuas View Square.
Difahamkan, sebilangan besar ke jangkitan dikaitkan dengan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Setakat semalam, 62 kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah pulih sepenuhnya mencecah 1,519.
Sebanyak 1,584 kes masih berada di hospital dengan 24 kes daripada jumlah tersebut ditempatkan di unit rawatan api.
Manakala, 16,289 kes positif jangkitan tetapi mempunyai simptom ringan, diasingkan di pusat isolasi bagi mendapatkan rawatan.
Secara keseluruhan, terdapat 18 kes kematian dengan pertambahan satu kes semalam melibatkan seoarang lelaki warga Bangaladesh berusia 44 tahun daripada kes ke 16,370.
Sumber: mothership