
Singapura telah meluluskan daging ayam yang diperbuat sendiri daripada makmal dengan menggunakan sel haiwan. Daging ayam tersebut adalah hasil daripada teknologi makanan oleh syarikat yang berpusat di San Francisco iaitu Eat Just.
Menurut laporan, Eat Just mengatakan ayam ternakannya telah mendapat persetujuan oleh pihak berkuasa Singapura di mana daging ayam tersebut akan digunakan sebagai bahan dalam nugget yang bakal dilancarkan.

Syarikat Eat Just turut terkenal dengan pengeluaran produk pengganti telur nabati dimana tiada penggunaan antibiotik di dalam produknya.
Tambahnya, ujian keselamatan terhadap daging ayam tersebut juga mengandungi mikrobiologi yang rendah dan bersih berbanding ayam biasa.
“Analisis ini juga menyatakan bahawa ia mengandungi kandungan protein tinggi, pelbagai komposisi asid amino, kandungan relatif tinggi dalam lemak yang sihat dan kaya dengan sumber mineral,” katanya.
Ia dihasilkan di Pusat Inovasi dan Sumber Makanan, sebuah kemudahan kajian makanan yang dikendalikan oleh Politeknik Singapura dan Perusahaan Singapura.
Tetrick mengatakan bahawa syarikatnya ingin menawarkan produk tersebut di restoran terlebih dahulu sebelum dipasarkan secara meluas, dan menambahkan bahawa harganya akan lebih murah berbanding produk daging ayam yang lain.
Sumber: Channel News Asia