
”Jagalah dia macam anak Puan.. Saya ikhlas titipkan dia untuk keluarga Puan..”
Bait pesanan seorang ibu yang dipetik daripada sekeping nota yang ditulis buat si anak meruntun hati sesiapa yang membacanya. Benarlah, tiada mana-mana wanita pun dalam keadaan waras sanggup ‘membuang’ anak yang lahir dari rahimnya sendiri.
Mungkin kerana keadaan memaksa hingga menyebabkan si ibu tiada pilihan lain selain ‘menyerahkannya’ untuk satu kehidupan yang lebih baik. Biarpun nanti, perasaan kasih dan rindu pada si anak menjadi galang ganti.
Bayi lelaki yang dibalut dengan kain bersama sekeping nota itu dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pompod, Kota Belud, Sabah awal pagi tadi.
Pemilik rumah dilaporkan menyedari kehadiran bayi tersebut apabila mendengar suara tangisannya sebelum tampil membuat laporan polis.


Rata-rata netizen yang ‘terkesan’ dengan nota yang ditinggalkan oleh si ibu menyimpulkan bahawa tiada lain yang diinginkan oleh wanita itu selain mengharapkan kehidupan yang terbaik buat anaknya.
Dakwa netizen, melalui penulisan wanita itu jelas bahawa dia terlalu sedih dan tidak sanggup meninggalkan si anak namun keadaan memaksanya bertidak demikian.








Janganlah kita mudah menghakimi orang lain dengan menilai secara luaran kerana setiap manusia itu ujiannya berbeza. Moga dia membesar dengan sihat dan dipertemukan dengan ibu kandungnya kelak.
Sumber : Irranun peace