Pertunangan merupakan fasa perkenalan di antara dua pihak keluarga dan proses bagi setiap pasangan untuk mengenali hati budi dengan lebih dekat. Kebiasaannya, di dalam fasa darah manis, setiap pasangan akan melakukan persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Namun begitu, setelah segala persiapan dilakukan dan hanya menanti hari untuk disatukan, ada hubungan yang terkandas di tengah jalan. Walau apa pun alasannya, putus tunang bukan boleh dianggap perkara remeh. Tambahan pula, jika sudah mengeluarkan kos yang banyak untuk persiapan kahwin.
Perkongsian oleh peguam, Tuan Syafiq Bahtiar ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang melalui situasi sama. Satu kes putus tunang yang dikendalikan oleh beliau, berjaya mendapat ganti rugi sebanyak RM24 ribu di mana wang tersebut perlu dibayar secara ansuran kepada bekas tunang.
Gambar sekadar hiasanTuntutan Gantirugi Pertunangan – Mahkamah Rendah Syariah Ampang.
Kami tuntut RM25 ribu (catering, baju pengantin, hantaran dan lain-lain) Mahkamah benarkan RM24 ribu. Kira okay.
Defendan perlu bayar secara ansuran RM500/sebulan.
Moral: Pertunangan is a contract. You breached, we summon & you pay.
Boleh settle luar tapi ego pihak-pihak adalah halangan kepada peguam.
Mahkamah benarkan tuntutan rugi putus tunang RM24 ribu atas sebab:
1. Resit deposit catering, sewa baju pengantin, deposit door gift & kad kahwin semua tersusun rapi.
2. Slip transaksi online transfer diterima pakai oleh Mahkamah walaupun tiada resit rasmi.
Jadi, simpan resit elok-elok.
Sumber: Twitter Tuan Syafiq Bahtiar