Kapten pasukan Kebangsaan Denmark, Simon Kjaer menjadi ‘penyelamat’ dalam satu perlawanan pembukaan Kumpulan B EURO 2020 malam tadi.
Menurut laporan, pada minit pertama perlawanan, kelihatan Kjaer bertungkus lumus melakukan rawatan kecemasan kepada salah seorang rakan sepasukannya Chritian Eriksen yang tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa perlawanan.
Sejurus paramedik datang menolong dan memberi bantuan, kelihatan Kjaer dan penjaga gol tersohor, Kasper Schmeichel cuba menenangkan pasangan Eriksen yang menangis kerisauan.
Bagaimanapun, menurut laporan daripada Persatuan Bola Sepak Denmark telah memberitahu bahawa keadaan Erikson stabil dan sudah sedarkan diri di hospital.
Rata-rata peminat bola sepak memuji tindakan pantas yang dilakukan ketua pasukan tersebut menyelamatkan nyawa rakan seperjuangannya.
Sumber: Sportbible football