
Nampaknya demam ‘Avengers’ masih belum reda. Jika mengikuti filem ini, siapa yang tidak kenal dengan watak jahat ‘Thanos’ yang berjaya mengumpulkan kesemua ‘infinity stones’ untuk berkuasa.
Kini, ‘infinity stones’ mula dibuat dalam bentuk butang baju melayu dan mendapat reaksi daripada pelbagai netizen. Terdiri daripada pelbagai warna seperti mana yang kita lihat pada sarung tangan ‘infinity gauntlet’, bolehlah digayakan oleh para jejaka. Dapatkan segera sebelum Thanos mengambilnya daripada anda.



Tinjaun mendapati terdapat pelbagai koleksi butang baju melayu adiwira yang berada di pasaran. Bagi peminat fanatik jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.




