Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia, Dmitry Rogozin mengumumkan penamatan penjualan enjin roket kepada firma Amerika Syarikat.
Memetik daripada laporan Dailymail, beliau secara sinis berpesan kepada Amerika Syarikat supaya menaiki ‘penyapu’ untuk ke angkasa lepas ketika mengumumkan perkara tersebut.
Rusia telah menjual dan menyelenggara enjin RD-180 yang pernah digunakan pada peringkat pertama roket Atlas V United Launch Alliance (ULA) sejak pertengahan tahun 1990. Setakat ini, daripada 122 yang dihantar, 98 telah digunakan. Sebanyak 24 baki yang masih berada di dalam gudang tidak akan dihantar semula.

Jelas Rogozin dalam sebuah rancangan televisyen, dalam keadaan seperti ini, pihaknya tidak dapat membekalkan enjin roket terbaik dunia kepada Amerika Syarikat.
“Biarkan mereka terbang dengan sesuatu yang lain, batang penyapu mereka, saya tidak tahu,” tegasnya.
Selain itu, Rusia juga menarik diri daripada projek bersama Jerman dan perjanjian pelancaran dengan Agensi Angkasa Eropah serta mengancam Amerika Syarikat untuk menamatkan kerjasama operasi Stesen Angkasa Antarabangsa.
Menerusi sebuah rakaman menunjukkan kakitangan agensi angkasa lepas Rusia telah menanggalkan bendera Amerika Syarikat dan British pada roket Soyuz mereka serta mengecat huruf V sebagai sokongan kepada tentera negaranya.
Walaupun akan ada beberapa isu jangka pendek tentang tindakan Rusia ke atas Amerika Syarikat tetapi industri ini secara keseluruhan tidak terjejas.
Roscosmos juga mengesahkan bahawa keseluruhan program angkasa lepasnya akan berubah dan lebih tertumpu pada satelit yang direka untuk tujuan ketenteraan.

Jika ia benar berlaku, NASA perlu mencari rakan kongsi komersial untuk menggantikan kapal angkasa Rusia yang biasa digunakan untuk ke ISS.
BACA: Legenda Bola Sepak Milan & Madrid, Clarence Seedorf Umum Peluk Islam
Sumber: Dailymail