Sekiranya seluruh rakyat negara ini tidak keluar rumah kecuali bila perlu sahaja selama tempoh dua minggu ini, rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Twitter, memohon kerjasama semua rakyat untuk berbuat demikian demi mengawal penularan wabak Covid-19.
”Sila duduk di rumah dalam tempoh dua minggu ini (jika tiada keperluan untuk keluar). Jika kita berjaya lakukannya, nescaya kita mampu memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita,” menurut KKM.
Setakat hari ini, negara telah mencatatkan 28,640 kes positif Covid-19 dengan 238 kematian.
Sumber: KKM Malaysia