
Sidang Tergempar PBB Mengenai Konflik Palestin-Israel Disambung Semula Khamis Ini
NEW YORK, 24 Okt (Bernama-Xinhua) — Sidang Tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan konflik Israel-Palestin akan disambung semula pada 26 Oktober, kata Presidennya Dennis Francis pada Isnin.
Dennis Francis berkata beliau menerima surat daripada Duta Jordan ke PBB Mahmoud Hmoud dan Duta Mauritania ke PBB Sidi Mohamed Laghdaf atas kapasiti masing-masing sebagai pengerusi Kumpulan Arab dan pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam bertarikh 19 Oktober, meminta agar sesi khas itu disambung semula secepat mungkin.
Beliau turut menerima surat daripada wakil Nicaragua, Rusia, Syria, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Timor-Leste, Vietnam, dan Brunei, mengenai perkara yang sama.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
“Saya akan mengadakan mesyuarat pleno ke-39 Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung pada Khamis, 26 Okt 2023,” kata Francis.
Sidang Khas itu telah diadakan buat kali pertama pada April 1997 dan kali terakhir pada Jun 2018.
Sumber: BERNAMA-XINHUA