Dalam muatnaik terbaru di lman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa pada jam 4.30 petang ini, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media yang bersiaran langsung dari Facebook rasmi KKM.
Mungkin anda akan berteka-teki apa agaknya yang nak disampaikan oleh Khairy dalam perkembangan terbaharu negara kita melawan pandemik Covid-19 ini.
Hari ini kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa telah mencapai 88.8 peratus dan hanya tinggal 1.2 peratus sahaja lagi untuk kerajaan membuka sekatan rentas negeri yang paling ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.
Sumber: KKM