Umum telah mengetahui bahawa negara kini sedang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19. Justeru daripada itu, kerajaan telah mewajibkan semua orang untuk memakai pelitup muka di khalayak ramai sebagai langkah berjaga-jaga daripada terkena jangkitan virus yang boleh membawa maut ini.
Oleh kerana pelitup muka ini telah pun menjadi sebahagian daripada barang wajib yang perlu dipakai ketika keluar rumah, bagi yang mementingkan gaya, pelitup muka ini telah menjadi sebagai suatu bentuk aksesori yang perlu disesuaikan dengan penampilan mereka.
Justeru daripada itu, pemilihan pelitup muka ini adalah suatu perkara yang penting untuk mereka. Bagi wanita yang berhijab pula, pelitup muka yang terdapat di pasaran kini boleh dikatakan rata-ratanya tidak mesra hijab.
Manakan tidak, banyak pelitup muka yang banyak dijual ini selalunya hanya menawarkan pelitup muka yang ear-loop sahaja. Namun usah khuatir kerana, pengguna yang berhijab kini boleh mendapatkan pelitup muka daripada Himaya yang terbaru ini kerana ianya dilengkapi dengan head-loop untuk keselesaan maksimum khas buat pengguna yang berhijab.
Dengan kerjasama yang dilakukan dengan selebriti terkemuka tanah air iaitu Wany Hasrita dan Erra Fazira sebagai duta terbaru Himaya, ianya diharapkan dapat menjadi contoh kepada pengguna yang berhijab di luar sana kerana Himaya sangat sesuai dengan penampilan mereka yang berhijab dan bergaya.

“Kami amat berbangga dengan kolaborasi Himaya dengan Wany Hasrita dan Erra Fazira. Himaya, pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah quality yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik. Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna.,” kata Dato’ KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya.

“Erra pilih jenama Himaya sebab Erra memang pengguna Himaya sebelum ini. Selain keselesaan yang Himaya tawarkan dengan pelitup muka medikal mereka, Erra memang yakin dengan Himaya sebab tahap kualiti yang sangat tinggi dan yang paling penting adalah ia bergaya dan elegan”, kata Erra Fazira.

“Wany sangat bangga jadi duta Himaya! Sebenarnya, sebelum ni, Elfira Loy, iaitu duta Himaya yang pertama yang hantar Wany pelitup muka medikal Himaya. Sejak tu, Wany memang terus guna Himaya sahaja sebab material dia lembut and sesuai untuk orang yang berkulit sensitif. Himaya juga mudah didapati di farmasi-farmasi tempatan seperti Watsons, Caring, Guardian dan lain-lain”, kata Wany Hasrita.

Pelitup muka keluaran Himaya yang terbaru ini didatangkan dengan dua warna menarik serta elegan iaitu Apricot Dream oleh Wany Hasrita dan Blue Lagoon oleh Erra Fazira. Bukan sahaja selesa dipakai untuk pengguna berhijab malahan ianya turut bergaya seterusnya dapat meningkatkan keyakinan terhadap pemakainya. Jadi, siapa cakap pakai mask tak boleh bergaya?
Pelitup muka Himaya ini juga diperbuat daripada fabrik penapis kelas perubatan premium untuk aliran pernafasan yang selesa tau. Di samping itu, ianya juga turut sesuai untuk orang yang berkulit sensitif disebabkan kualiti fabrik premiumnya yang lembut.
Bukan itu sahaja, pelitup muka medikal Himaya ini telah mendapat pengiktirafan MDA (Medical Device Authority) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan kualiti penapisan udara dan keberkesanan pelitup muka medikal Himaya dalam menangani penularan wabak COVID-19.
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan pelitup muka dari Himaya ini sekarang!
Bagi anda yang ingin mendapatkan pelitup muka Himaya ini, ianya boleh didapati di semua kedai farmasi antaranya Guardian, Caring dan lain-lain, serta melalui ejen berdaftar atau boleh turut mendapatkannya di kedai atas talian himayamy di Shopee.