
Solat tarawih merupakan ibadat sunat yang dilakukan dalam bulan puasa bagi mengejar ganjaran pahala yang berlipat ganda. Solat sunat tarawih akan dijalankan pada sebelah malam sejurus selepas solat Isyak dikerjakan. Namun, lain pula yang terjadi suatu tempat yang mengerjakan solat tarawih pada waktu malam tapi dibawah sinaran matahari.
Fenomena yang berlaku di Artik, Norway itu sungguh menakjubkan apabila matahari masih kelihatan walaupun malam sudah menjelma. Rakaman video dari Imam Waleed Hakeem menceritakan segalanya.
Tambah beliau, matahari di situ bergerak secara bulatan di sekitar langit sepanjang hari. Disebabkan itu, matahari tidak berada dikedudukan sebelah barat, namun berada di sebelah utara. Selain matahari pada waktu malam, keindahan pada Artik, Norway itu juga termasuklah keindahan bulan penuh.
Walau bagaimanapun, fenomena matahari pada waktu tengah malam telah disebutkan di dalam Surah Al-Kahfi. Melalui firman Allah SWT mengenai Zulqarnain A.S,
Suasana di sana juga dikatakan sangat seronok dan sejuk. Menurut beliau, berpuasa di sana hanya perlu menahan diri daripada lapar. Perkara ini adalah kerana mereka sukar untuk berasa dahaga kerana cuaca yang dingin. Namun begitu, fenomena matahari pada waktu malam ini tidak berkekalan, tetapi ianya hanya untuk beberapa tahun sahaja.
Sumber: Dr. Waleed Hakeem