siamang bilik guru
Kredit: fie-daa93
Tiada Kategori

Siamang Hadir ‘Lapor Diri’ Di Bilik Guru Raih Pelbagai Reaksi

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Siamang Hadir ‘Lapor Diri’ Di Bilik Guru Raih Pelbagai Reaksi

Kebiasaannya, tetamu yang berkunjung ke pekarangan sekolah untuk berurusan sama ada ibu bapa, wazir atau murid sekolah lain yang hadir untuk pertandingan.

Selain manusia, haiwan juga kadang-kala berkunjung ke sekolah bagi menumpang kasih. Contohnya kucing jalanan. Sekali-sekala, muncul burung hantu atau kelawar sesat bikin riuh sekampung.

Namun, berbeza pula kisahnya di sebuah sekolah tempatan apabila dua ekor siamang tiba-tiba muncul seolah-oleh mahu ‘lapor diri’ untuk bertugas di bilik guru.

Menanti ‘penyerahan tugas’ di bilik guru

Menerusi video yang dikongsikan oleh fie_daa93 di TikTok, satu kejadian menarik perhatian orang ramai apabila dua ekor siamang dilihat berkeliaran sambil membuat ‘tinjauan kawasan’ tanpa menunjukkan sebarang rasa takut.

“Upah fotostat kertas di sekolah. Cikgu, saya dah tolong fotostat. Mana upah saya?” lakon wanita berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat dua ekor siamang dewasa berwarna hitam berada di dalam bilik guru.

Walau bagaimanapun, seekor siamang melarikan diri, keluar dari ruang berkenaan manakala seekor lagi masih setia berada di situ sambil memerhati sekeliling.

Lebih menghiburkan, siamang yang berpeluk tubuh itu kelihatan begitu tenang, duduk seperti pelajar setia yang menunggu ‘penyerahan tugas’ daripada gurunya.

“Rambut belah tengah biasanya jujur buat kerja”

Situasi luar biasa itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya. Menerusi ruangan komen, ramai menggunakan peluang ini bagi menonjolkan bakat masing-masing berjenaka.

“Yang lari tu rasanya baru tengok jadual kena ganti kelas,” seloroh warga maya.

“Memula kat pintu, ni dah ke dalam sikit. Esok-esok dia dah ada meja sendiri dengan pen. Tunggu je lah,” kata seorang lagi.

“Bahaya untuk kita biarkan dia masuk bilik guru atau ruang mengajar sebab khuatir dia akan tergerak untuk ambil kursus dekat UPSI dan ramai-ramai ambil alih tugas guru-guru tempatan,” ulas warga maya lagi.

BACA: Pembedahan Bariatrik Bukan Untuk Semua, Ini Penjelasannya

BACA: Takut Keluar Malam, Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

BACA: Diraikan Bak Raja Sehari, “Pak Guard” Sekolah Terima Hadiah Bernilai Lebih RM2,000

Sumber: fie_daa93 via TikTok