Setiausaha Perang Amerika Syarikat Berada Di Malaysia, Sertai ADMM-Plus

Fazidi

Setiausaha Perang Amerika Syarikat Berada Di Malaysia, Sertai ADMM-Plus

Setiausaha Perang Amerika Syarikat kini berada di Malaysia bagi menyertai Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM-Plus) yang ke-12.

Peter Hegseth selamat tiba di Malaysia kira-kira pukul 9.00 malam tadi dan kehadiran beliau disambut oleh pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Subang.

Kunjungan ini merupakan kali pertama bagi Hegseth sejak beliau dilantik menjawat jawatan Setiausaha Perang dalam pentadbiran Presiden Donald Trump.

Beliau akan menyertai ADMM-Plus yang dijadualkan bermula Jumaat ini.

Selain Hegseth, ADMM-Plus turut disertai Menteri Pertahanan India, Shri Raj Nath Singh; Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi dan Menteri Pertanahan New Zealand, Judith Collins Kc.

Turut serta Menteri Pertahanan Korea Selatan, Ahn Gyuback; Menteri Pertahanan China, Panglima Dong Jun dan Timbalan Menteri Rusia, Oleg Saveliev.