Portal berita Filipina melaporkan salah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Filipina semalam telah memuat naik satu tweet yang menyatakan keinginan untuk menghidupkan kembali pejabat khas bagi menuntut Sabah daripada Malaysia.
Menurut laporan Philstar Global, tweet berkenaan dimuat naik oleh Teodoro Locsin Jr, merangkap Setiausaha Luar Negeri Filipina.
“Saya teringat akan kewujudan satu biro lama dalam Jabatan Hal Ehwal Luar Negara yang secara ekslusif memberi tumpuan dalam perkara ini (tuntutan terhadap Sabah). Adakah ia masih belum selesai. Akan dihidupkan kembali atau diberi nafas baru”, katanya dalam tweet tersebut.
Sumber: Philstar Global