Setia Berkhidmat 40 Tahun, Pekerja Dihadiahkan 40 Roti Sosej
Seorang pembantu kedai di Guernsay, United Kingdom menerima hadiah termasuk 40 roti sosej bersempena sambutan 40 tahun perkhidmatannya.
Menurut BBC, Kevin Parsons, 56, mula bekerja sebagai pembantu kedai di pasaraya Alliance sejak 1984.
Bagi meraikan ulang tahun ke-40 perkhidmatannya, pengurusan pasaraya itu mengambil keputusan untuk menghadiahkan Parsons sijil penghargaan, lukisan mural bertema tropikal dan 40 roti sosej.
Difahamkan, Parsons akan menerima satu roti sosej bagi setiap syifnya untuk tempoh selama 40 syif.
Parsons yang diibaratkan sebagai selebiriti oleh pengurusan Alliance berkata, tiada perkataan yang dapat menggambarkan penghargaannya selepas menerima hadiah-hadiah tersebut.
Pekerja terima hadiah sosej 40 batang sempena sambutan ke-40 tahun perkhidmatan
“Sudah 40 tahun saya berkhidmat di sini dan saya menyukai setiap minit yang berlalu,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Pasaraya Alliance, Chris Fish berkata, Parsons juga merupakan ahli komuniti setempat yang sangat dihormati.
“Dia menjadi contoh setiap masa. Kevin sentiasa bersedia untuk menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan.
“Sudah banyak yang dia sumbangkan untuk komuniti setempat termasuk mengumpal dana untuk kerja-kerja amal,” kata Fish.
Manakala Pengurus Komersial, Laura Golden menyifatkan respon yang diterima dalam hantaran di Facebook berkenaan sambutan yang diadakan untuk Parsons menjadi bukti dia adalah individu yang disenangi semua pihak.
Parsons adalah pekerja yang disenangi semua pihak
“Kami dapat merasainya dan ia baik untuk kami. Alliance adalah sebuah pasaraya tempatan dan Parsons adalah wakil kami,” kata Laura.
Menurut BBC, Parsons memulakan perkhidmatan bersama Alliance sebagai penghantar barang. Kemudian, dia berpindah ke Bahagian Sejuk Beku pasaraya berkenaan kira-kira 38 tahun lepas.
BACA: Bangkai Kapal Purba Dipercayai Lancang Kuning Ditemui Di Riau
Sumber: BBC