Taman Negara Pahang akan dibuka semula kepada pelawat bermula hari ini (23 Oktober).
Notis pembukaan itu telah dimaklumkan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia di Facebook semalam.
Pada 6 Oktober lalu, PERHILITAN telah menutup kesemua fasiliti awam di bawahnya termasuk di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Taman Negara Pahang, Sungai Relau bagi mencegah penularan COVID-19.
Pun begitu, para pelawat mestilah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Para pelawat juga harus mengamalkan dan membiasakan diri dengan norma baharu bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia