
Setelah episod kebakaran hutan yang berlaku pada hujung tahun lalu, Taman Reptilia Australia menyambut kelahiran koala pertama yang diberi nama Ash.
Bayi koala itu dilahirkan di dalam kurungan di tempat perlindungan haiwan di NSW Central Coast, lapor Daily Mail.

Penjaga zoo menamakan koala itu sebagai Ash bagi memberi penghormatan kepada ribuan koala yang terbunuh dalam kebakaran dan menganggap haiwan tersebut sebagai tanda harapan bagi masa hadapan hidupan liar di Australia.
“Mereka adalah duta kepada koala dalam hidupan liar yang menderita dalam kebakaran hutan tersebut,” kata penjaga zoo.

Memetik laporan Daily Mail, Ash telah dilahirkan pada Januari lalu namun tinggal di dalam kantung ibunya selama enam bulan dan hanya diperiksa oleh penjaga zoo pada baru-baru ini.

Taman Reptilia Australia akan dibuka semula pada 1 Jun ini selepas perintah berkurung selama dua bulan.
Sumber: Daily Mail