Masjidil Haram secara rasmi hari ini ‘merapatkan’ semula saf untuk aktiviti solat setelah sekian lama mengamalkan penjarakan fizikal di masjid tersebut bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Kerajaan Arab Saudi telah bersetuju membuka Masjidil Haram dengan kapasiti penuh kepada individu lengkap dua dos vaksin COVID-19, disusuli dengan pemeriksaan dan kawalan ketat pihak berkuasa.
Solat Subuh di Masjidil Haram yang diimamkan Sheikh Bandar Baleelah pagi ini memperlihatkan keindahan solat jemaah yang telah sekian lama tidak kita lihat semenjak tempoh pandemik.
Buat pertama kali setelah lebih setahun, imam di Masjidil Haram mengarahkan jemaah untuk luruskan dan merapatkan saf semasa solat Subuh berjemaah pagi ini. Momen indah seputar hari pertama solat jemaah kapasiti penuh di Masjidil Haram turut dimuatnaik di beberapa platform media sosial hari ini.
Sumber: Haramain