Setakat Ini, Tiada Kes Pesakit Covid-19 Yang Telah Pulih Dan Dijangkiti Semula Di Malaysia – KP Kesihatan

Azmil

Dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ada menyatakan setakat ini tiada kes pesakit Covid-19 yang telah pulih dijangkiti semula di negara ini.

Walaupun, ada kebarangkalian kebolehjangkitan semula itu berlaku. Setakat semalam, 31 kes positif baharu dilaporkan dengan 1 kematian. Manakala, 75 pesakit telah sembuh dan dibenarkan discaj.

Semalam adalah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 dan hari ini bermula PKP Fasa 4 yang dijadualkan berakhir pada 12 mei 2020.

Sumber: KKM Putrajaya