Dalam sidang media mingguan yang bersiaran langsung oleh Majlis Keselamatan Negara yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa perbarisan sempena sambutan hari Kemerdekaan tidak dijalankan seperti tahun-tahun lepas.
Katanya dalam sidang media tersebut, setakat hari ini perbarisan tidak ada kerana ia melibatkan perhimpunan ramai dan penjarakan sosial tidak ada. Keadaan sukar dikawal akan berlaku.
Malah, pada hari tersebut bukan hanya acara perbarisan sahaja malah pelbagai acara akan dijalankan. Jadi, kerajaan memutuskan untuk tidak menjalankan sebarang acara pada hari Kemerdekaan tersebut.
Sumber: Sidang Media MKN